Banner created with MyBannerMaker.com

Thursday, August 11, 2011

Mama dijemput Ilahi :'')


Assalamualaikum semua... firstly nak suruh semua orang bacekan Al-Fatihah untuk mama semoga roh mama diberkati di sana.. :')

nak mula macam mana yer cerita untuk kali ni sebab kali ni post yang sangat menyedihkan.. sedih sangat dengan semua tang terjadi diatas takdir illahi.. kami redha Ya Allah.. dan semua orang pun tahu yang aku post blog kali ni adalah untuk aku titipka kenangan buat mama yang aku sayang. mama yang telah pun kembali ke rahmatullah semoga rohnya dicucuri rahmat.

okey sambung cerita yang hari tu. lepas kami lawat mama kami pulang ke kampung semula dan berharap agar semuanya akan baik-baik sahaja. dan semoga mama akan pulang ke rumah secepat mungkin. itulah doa yang kami sentiasa panjatkan kepada ilahi sepanjang perjalanan pulang kerumah.

so ingatkan dah tak ada ape-ape lah.. kitorang dah balik dan mungkin mama pun akan okey. syukur jelah kan. hari ahad malam tu aku macma biasa aje duduk melepak menaip, dan faiz akan datang umah nak main badminton dan lagi satu esok aku akan cuti sebab aku nak hantar nolie pegi lapor diri kat KL kan.

Tiba-tiba talifon rumah berbunyi kringggg kringgg ingat kan kak yang talifon rupe-rupenye alang. suara die rileks aje. "adik buat ape? tido ke?" "eh tak adelah.. adik duduk2 aje.. menaip keje sikit..." bayangkan die bole rileks je.. hmmm "alang nak bagi tau ni... KAK DAH TAK ADE.." aku tak tau ape yang aku rasa masa tu.. sedih ke, terkejut ke, ntah la... dah habis cakap pasal tu. aku terus bagi tau dekat emak.mak pun terus la tak tantu arah.. tanye bile nak pergi.. aku pulak macam mane sebab esok aku nak kena hantar nolie pergi lapor diri dekat Kl.. macam mane ni.. mak cakap pergi bg tau dekat nolie cakap tak dapat nak hantar sebab mama meninggal.. so aku pun pergi la bg tau kat nolie mana tau kot sempat die cari driver lain kan.. jalan aku dah print kan dah sebelum ni. okey setel pasal nolie.

Then ibu talifon, pesan kat aku soh banwak kete elok2.. ye la dah malam kan.. aku pon mesti pegi umah kak dulu baru gerak g umah alang.. tak pe la selow2.. atam pon kol atam cakap die nak pegi ye la sebab mama kan die rapat.. atam sayang alang.. memang deme dua beradik rapat.. alih2 egt nak bawak deme bedua je.. rupenye semua nak ikut.. mmg ketat la kete aku... myvi naik 8 org.. huhu mmg penuh kot...

dah sampai umah kak..kami terus gerak.. aku along yg drive sebab aku dah malam ni payah skit.. alih2.. aku lepak sebelah je la.. sampai sana.. mmg sedih la kan.. tgk alang... anak2.. wanie oke lagi... tak de la sedih sgt tp kite tak tau la kan.. sbb die paling rapat dengan mama die.. aku salam dengan ira.. menangis die.. sedih.. aku pon dah nak meleleh dah..

kami semua satu family duk bacekan yassin... mengaji tok mama.. badan mam kurus sangat... humm sedih! bayangkan family nye langsung tak amik kisah.. sedih kami.. yg family kitorg plak banyak yg takleh bace.. alih2 aku dgn mak je la yg bace.. aku tak tido sampai pkol 6 bace al-quran.. hmm ntah la.. last2 aku masuk bilik aku tak larat dah.. aku lena kejap.. sapat la 2 jam.. sampai pkol 8 mak cakap mama dah nak bawak g surau.. nak mandi siap kafan kat sna.. aku amik wuduk terus g sane..

sampai sana aku kena mandikan jenazah mama... Alhamdulillah... bukan org lain yg uruskan jenazah mama, aku, mak, anak mama -wanie, dan anak sedara mama.. ade jugak 3 org makcik kat sana yg mandikan ajar kami.. aku penah g kursus mandikan jenazah so kita ok la.. Alhamdulillah...

then dah siap mandikan kafankan.. aku duk bacekan yassin je untuk mama..selisai kafan.. sesi semua suadara mara untuk menatap wajah mama kali terakhir.. SEDIH!! itu yang aku dapat katekan.. sayu sangat mase tu... yang lain aku tak sedih sangat... cuma anak aku kak yong yg sedih sangat.. semua org yang ade kat situ menangis tengok kak yong..kaki die sakit kne air panas.. die nages je mase nak cium mama die.. die tak dpat tahan... jenuh pujuk jgn bg ade air mate.. sbb mmg tak boleh kne jenazah kan.. sedih nyaaaa... sampai masa aku pun cium mama kali terakhir... pergilah mama... semoga kau aman di sana... aminn... alang.. amin... emak... kak... ibu.. semua yg ade cium mama buat kali terakhir...

mula gerak ke tanah perkuburan islam Kota Damansara.. aku drive sendiri... bawak anak aku... sampai sana mama dikebumikan... saat talkin dibace.. air mate aku tak henti2 mengalir..terkenang saat kehidupan mama bersama kami... Ya Allah kau redhakan lah mama... semoga mama ditempatkan dikalangan orang yang beriman... amin ya rabbalalamin....

Saat melangkah pergi... sempat aku titipkan doa untuk mama.. pergilah mama... pergilah kepada maha penciptamu.. semoga kau tenang di sana.. tenang bersama Allah yang Maha Esa... kami disini akan merindukan mu mama... mama semoga rohmu dicucuri rahmat...aminnn...

Selamat Tinggal mama.... kami tinggalkan mama dengan seribu kesedihan.....


























Wednesday, August 10, 2011

Mama Semakin Kritikal :’(


Pada 1 Ogos semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Tak terkecuali kami semua dan mama. Tapi kali ni mama tak dapat puasa atas sebab kesihatan yang tak dapat dielakkan. Tak apalah yang penting sekarang kesihatan mama. Semoga mama sihat tubuh badan. Nanti kan nak raya dengan anak-anak dan keluarga semua

Tapi kesihatan mama pada bulan puasa tidak terlalu lama. Pada 5 Ogos 2011 jam 6.30 petang setibanya aku di depan restoran Ayamas aku terima panggilan dari kak mengatakan yang mama semakin tenat. Mama sekarang dah dimasukkan ke ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dokter sarankan alang dan keluarga bersiap sedia je dengan mama. Bila-bila masa mama akan pergi. Di hati aku seakan tidak tenang. Sentiasa memikirkan mama.

Saat berbuka pon selera aku dah hilang apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang adalah mama. Keperitan mama, kesakitan mama, keadaan mama dan sebagainya. Serela makan aku mati. TENAT! KRITIKAL! Semua ade dalam kepala. Kalau boleh saat tu jugak aku nak balik ambil mak dengan abah bawak jumpa mama.

Tapi aku tabahkan hati. Bersabarlah wahai hati. Nekad kalau boleh aku nak pergi malam tu jugak. Tapi mak kata mak nak pergi pagi nanti.. ohh tak ape la kalau macam tu. Semua orang yang dapat tau pasal mama rasa macam nak terbang pergi tengok mama. Tido malam tak lena takut2 kalau ada bunyi talifon jam 2,3 pagi. Tapi Alhamdulillah tak ada.

Esok pagi mak tak pergi menoreh pun. Kami nak gerak ke Bukit Beruntung pada jam 9 pagi. Aku bangun bersiap-siap dan terus gerak ke rumah atam. Sebab atam dengan ibu nak pergi. So aku pun ambilah diorang kalau ikutkan semua nak pergi tapi kereta aku kan Myvi je mane nak muat naik semua. Lepas amik ibu dengan atam kami terus pergi ke rumah kak. Masa dalam perjalanan akak kol aku dan bagi tau yang bawak abah. Sebab ibu kol akak cakap yang die nak jumpe abah. Dia nak abah. Ya Allah pada saat itu air mata aku dah nak mula runtuh. Tapi aku tahan sebab aku tengah drive nanti mata aku tak nampak. Murnie nonie SABAR!!Sampai-sampai je kami terus bergerak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku follow abang je mase ke sana. Janji aku sampai ke tempat yang aku tuju. Aku dapat jumpa mama.

Akhirnya kami sampai di wad mama. Ramainya saudara-mara yang melawat mama. Aku terus tuju pada mama. Lantak la saudara dia yang lain. Aku pegang tangan mama aku senyum dengan mama. Mama cuba genggam tangan aku. Tp mama lemah sangat. Oksigen sentiasa ada pada hidung mama, jari jemari mama ade wayer. Tangan mama ade wayer. Mama kurus sangat. Nampak mama sangat lemah sampaikan suara mama tak dengar. Dengar sepatah dua je. Aku dah tak tahan aku keluar awal. Takut air mata ni jatuh lagi. Sedih!!

Akhirnya mak dan abah masuk jumpa mama. Pada masa tu dengar suara dia jelas sangat. “ kety nak balik kampong mak, abah.. kety nak berubat dekat kampong.. tapi kety tak larat mak..” kuat suaranya. Jelas aku sebak! Air mata dah mula bertakung. Tak tertahan melihat keadaan mama macam tu. Mak tak payah cerita la dah meleleh air mata dia. Takkan kami tak sedih tengok keadaan mama macam tu kan.. MUSTAHIL!!

Lama kelamaan saudara mara dia nak mula beransur balik, tinggal kami saje. Aku capai yasin. Aku bca yasin. Tapi air mate menitik-nitik atas yasin. Sedih sangat masa tu. Tak terungkap dengan kata-kata. Ade saudara dia yang lain datang. Saat itu aku dah dekat dengan mama. Aku urut kepala mama. Ade benda yang dia cakap tapi aku tak paham. Yang aku tau dia kata jangan beritau sesiapa kalau beritau nanti kak tak nak kawan acik. :’) yer acik tak bitau sesiapa.. saat tu mama merungut-rungut pasal semua orang. Kejanya asik nak bercakap aje. Mak kata jangan bagi die cakap sangat nanti dia semput. Aku agguk kan kepala je. Bagi aku bia la dia nak cakap sebanyak mana pun. Disaat2 macam ni jangan larang walau sedikit pun.

Hari pun dah semakin menunjukkan jam 2.00 petang dimana kami kena keluar. Pad amasa itu alang dah sampai. Kebetulan kaki kak yong kne air panas.. Allahuakbar banyak pulak dugaan untuk mereka satu keluarga saat2 ini. Kami beransur balik.

Mula-mula kak dulu pergi jumpa mama. Kak cium mama, kak bisik kat telinga mama, mama kena kuat semangat mama kena cepat baik. Kak dah tak tahan sangat kak menangis kat situ jugak. Saat tu mama dah mintak ampunkan dosa-dosa dia. Ya Allah! Saat itu sangat menyedihkan bagi aku! Lepas kak ibu pulak cium mama. Sama jugak. Ibu pun menangis. Sedih tak terkata. Sedih melihat dia sedih dengan kekuatan dia walaupun saat tu dia dah lemah sangat.

Dan pada saat ini aku pula yang akan pergi pada mama. Aku genggam tangan mama. Aku cium dahi mama. Air mata aku dah basah kena muka mama. Aku cakap kat mama aku mintak maaf kalau aku ada salah dan silap. Aku sayang mama. Mama still macam tadi pesan kat aku yang jangan bitau ape yang dia bitau tadi. Kalau acik cakap kak tanak kawan acik. Aku tak tahan dah. Aku terus hanyut dengan air mata yang tak henti-henti. Aku lepaskan mama. Kak amik alih kembali kak tahan air mata kak cakap dekat mama ‘esok kalo kami tak datang tengok kety bukan maknenye kami tak sayang kety.. kami semua sayang kety... yer... kety kene engat tu ‘

Saat ni mak pulak peluk mama. Mak pun dah tak tertahan air mata. Mak pujuk dia. Kety kuatkan semangat ya.. nanti dah sihat balik raya rumah mak yer.. dia angguk.. dia bersemangat sangat masa tu. Saat mak lepaskan dia dia cakap “ kety kene kuat mak.. demi anak-anak kety kne lawan semua ni. Kalau tak ingatkan anak-anak kety tak tau lah...” Ya Allah... kau tabahkan lah hati mama!!

Kami tinggalkan mama.. kalau boleh memang kami nak dengan mama sampai malam. Tapi masa tak mengizinkan. Kami meninggalkan mama dengan air mata yang berjujuran.. semoga mama tabah bisik hati ku!!

Melangkah pulang dengan seribu doa untuk mama.. Ya Allah hanya padaMu kami bermohon kuatkan semangatnya.. tabahkan hatinya.. sihatkan tubuh badan nya sesungguhnya kami sayang mama!! Mama we all love u mama.. forever dunia dan akhirat..

Khas kutitipkan lagi untuk mama yang kami sayang sangat.. :’)

Mama dan Kesakitan yang tak tertanggung


Assalamualaikum semua. Apa khabar harap sihat sejahtera tanpa sebarang masalah penyakit yang tak kita terduga. Sungguh luaran kita memang nampak sihat tapi pada dalaman kita tidak tau apa yang terjadi.

Disini aku nak menceritakan keperitan yang ditanggung mama. Sedih bila terkenangkan mama. Tak sangka mama yang dulunya sihat walafiat boleh menjadi sekurus ini. Kurus sangat sehinggakan aku macam tak percaya yang didepan mata aku itu mama.

Mulanya mama sehat je. Tiba-tiba masa tengah masak tangan mama jadi krem, mama jatuh masa tu jugak. Alang yang nasib baik pada masa tu ade dekat rumah terus bawa mama ke hospital. Dokter terus masukkan mama ke wad kecemasan. Masukkan oksigen dan sebagainya. Buat masa ni dokter masih tak dapat mengesan apa penyakit mama.

Lebih kurang seminggu macam tu mama ditempatkan di Pusat Perubatan Universiri Malaya dengan penyakit yang masih tidak dapat dokter tafsirkan.

Akhirnya dokter panggil Alang untuk menceritakan apa masalah yang dialami mama. Dokter beritahu mama ada paru-paru berair. Dokter perlu menebuk belakang mama untuk mengeluarkan air yang terdapat didalam paru-paru nya yang dah mencecah sebanyak 70/100 peratus. Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu ape perasaan Alang.

Akhirnya mama selamat menjalani pembedahan. Dokter Berjaya mengeluarkan air yang bertakung dalam paru-paru mama dan selebihnya dokter salurkan tiub kecil di belakang mama. Aku , mak, abah dengan akak satu keluarga terus pergi ke pusat perubatan UM untuk melihat keadaan mama. Ya Allah kurusnya dia. Kesian nya melihat keadaan dia yang menanggung kesakitan. Tapi Alhamdulillah mama kuat semangat dengan ada nya anak-anak, suami, mak abah, dan semua ahli keluarga yang sayang mama sangat-sangat. Sungguh mama sangat lemah pada masa tu tapi masih boleh tersenyum melihat kehadiran keluarga. Tak sanggup kami nak lihat keperitan yang mama tanggung.

Dokter masih tak puas hati dengan hasil pemeriksaan yang telah dilakukan ke atas mama. Dokter buat keputusan untuk mengambil tisu badan mama untuk mengesan penyakit mama dengan lebih mendalam. Akhirnya setelah dua minggu dokter mengesan punca sebenar penyakit mama. Kebetulan pada masa tu aku ke Midvelly dengan MLS saje nak tengok anak aku kerja dekat McD. Anak aku keluar jumpa dengan aku dan bagi tahu aku yang Dokter mengesahkan mama menghidap KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT.. terpaku aku bila mendengar apa yang keluar dari mulut anak aku tu. Bayangkan bila dah tahap empat baru kami tahu penyakit mama dokter jangka masa hayat mama hanya ada lebih kurang 3 bulan.. Ya Allah dugaan apakah ini. :’( sedih... sudah tentu aku sedih.. kami sangat sayangkan mama.. bukan aku sahaja malah anak-anak dia, alang semua sayang sangat dekat dia... sebabdia sangat baik..

Sejak dari itu kehidupan mama mula berubah.. dari suka terus menjadi duka.. tapi mama kuat semangat demia anak-anak. Ditelan seberapa banyak ubat yang dokter sarankan. Jenuh dengan hospital keluarga kami berunding secara perubatan trdisional. Biasalah.. kalau ikutkan kampong ada yang iri hati.. Wallahualam.. hanya Allah yang dapat membalas segalanya kepada manusia yang menganiaya antara satu sama lain.

Mama tidak lagi jalani kehidupan seperti dulu. Sedih bila tengok mama. Kini hospital dan wad2 kecemasan menjadi rumah kedua mama. Takut bila melihat peralatan hospital yang sangat menggerunkan itu... bayangkan benda-benda tu semua yang mencucuk mama.. Allahuakbar kesian nye mama. Setiap kali aku pergi jenguk mama mata ni tak pernah kering. Air mata laju je nak luruh melihat penderitaan mama. Sungguh! Aku tak sanggup melihat mama macam tu.

Hari berganti hari mama dilihat semakin kuat, bertenaga, sihat.. Alhamdulillah.. syukur kepada mu Ya Allah. Memberikan kekuatan kepada mama untuk anak-anak nya. Tapi kekuatan yang mama ada tu tak lama. Mama diduga lagi. Kali ini salur paip yang berada dibelakang mama tersumbat. Dokter terpaksa cabut untuk keselamatan mama. Dokter sarankan untuk menebuk satu lubang lain. Ya Allah.. mama meronta-ronta tak mahu di tebuk lagi kerana tebukan itu tanpa bius seperti ikan yang disiang hidup-hidup.. Keperitan itu terpaksa mama tanggung sekali lagi. Bersabarlah wahai mama! Mama kuat!

Alhamdulillah mama Berjaya membuat saluran kedua untuk mengeluarkan air yang berada dalam paru-parunya. Dan kali ini dokter sarankan mama menjalani rawatan himoetrapi. Bila aku dengar aku cakap kat alang yang jangan lah bagi mama buat rawatan tu nanti mama akan jadi lebih teruk. Sebab benda tu akan membunuh berjuta-juta sel badan mama dan mungkin mama akan jadi lebih lemah. Bukan tu saja malah benda tu sangat sakit seperti yang pernah sue alami..sue cakap sakit sangat sebab die masukkan ubat. Dan kos untuk jalani rawatan tu sahaja dah cecah Rm8K bukan duit yang dikisahkan tapi kesakitan yang bakal menimpa mama.. tak kisah berapa juta duit pun kalau mampu kami akan usahakan demi mama! Sungguh!

Alhamdulillah sebab alang tak nak buat himoetrapi tu.. mama pun tak nak.. aku tak tau kenapa. Tapi yang pasti kini kami mula berubat secara kampong. Mama semakin sihat. Lama kelamaan mama kami lihat semakin kuat dan bersemangat. Alhamdulillah Ya Allah di atas kurniaan kekuatan kepada mama!

Kali ni kami semua betul2 bersyukur dengan kesihatan yang mama ada. Mama semakin kuat demi anak-anak, suami dan kelarga nya. Dia pernah kata pada mak dia “kesian mak kena siapkan makan minum suami kety.. kety tak larat..” sungguh.. alang dan anak-anak begitu manja dengan mama.. semua mama sediakan mama memang seorang isteri dan mama yang sangat bertanggung jawab. Keluarga kami sungguh bertuah mempunyai mama yang sangat baik hati dan penyayang. Masa mama sakit mama selalu cakap dengan Bubut. Bubut je la kawan mama. Kalau mama masuk hospital Bubut akan keluar rumah mungkin Bubut tau yang mama tak ada. Bubut pun ada perasaan kasih sayang mama. Mama manja dengan Bubut, mama sayang Bubut..

Kutitipkan kisah penderitaan mama untuk terus segar dalan ingatan aku walaupun mama dah jauh.

Mama.. kami semua sayang mama sangat... :’)

Saturday, August 6, 2011

Ayamas :)

Assalamualaikum... hari ni aku nak cerita sikit pasal kisah berbuka semalam... ehehe... memang seronok, kelakar, lapar, kenyang dan sebagainya... bukan ape... cerita ni mengisahkan aku,MLS (My Lovely Someone)dengan kawan kami si aisyah.. kitorg plan nak bebuke luar.. tp tak pasti kat mane.. last buke kat ayamas je.. mane tak nye.. c MLS tu nak makan ayam golek.. ahaha mane nak cari dengg~~

akhirnya setelah mendapat kata sepakat kami pon pegi la ke AYAMAS rawang.. makan ayam golek rawang pon jadi lah.. hehehe... emm cedap!!

pas balik kerja terus g rawang pakai baju keja nye... hahah apa nak jadi ni kan... teruk naaa.... kami booking tempat dulu.. then ase macam lambat lagi kami gerak pegi giant... jalan2... carik baju pink c jejaka ni... tapi tak ada la plak... kne cari kat tempat lain la nampaknye kan...tapi kat sana ada sale.. banyak sale.. aku pun rambang mata gak tgk kasut tu.. ase nak ase tak nak.. hhuhuhu tgk la nnt macam mne... huhuhuhuhu.. aahhh tunggu lain kali lah... hehehe duit pon tak berapa nak ada ni...

tapi mase tu aku tak berapa nak syiok sangat sbb kak kol die cakap yg mama dah kritikal... hummm tak senang hati denga.. tak pe lah.. sabtu ni lah pegi sane.. tak pe kan.. semoga mama oke je nnt...

dah pkol 7.10 kami pon balik la ke ayamas tu.. tunggu sementara waktu bebuke... sembang2.. last2 dah pkol 7.38pm kot mcm tu la.. dah masuk waktu bebuke pon... kami pun makan la.. hummmmmm sedap nyeeeeee!! hehehe... tapi nape ntah perot tak leh nak masuk banyak la.. mybe sebab bebuke dalam ekon.. perut pulak kosong kan... sebab tu lah...

tp memang puas hati la.. ahaha aku suh c MLS tu habis kan ayam die... ha nak sangat ayam golek kan... walopon tak golek makan jugak... ahaahha.. tak larat die nak habiskan.. aku pon same.. makan mane mampu je... ahahaa... tp Alhamdulillahhh kenyang jugak kan... dapat gak makan ayamas.. hehehe.. tengs aisyahhhhh :)

last skali balik umah.. kat umah ade atan.. lepak jap... pastu ade bawak balik gak ayam skit... bg boboi makan... suke nye die.. hehehe....

ok la lain kali kite g makan kat sane lg okey!! makan banyak2...

ok lah see yaaaa

daaaaaa

Wednesday, August 3, 2011

Adakah Ada Ramadhan Buat Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Adakah Ada Ramadhan Buat Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ramadhan 1432H :)


Alahmdulillah..sampai jugak bulan Ramadhan Al-mubarak untuk tahun ni... Alhamdulillah jugak aku dan keluarga semua dapat meraikan bulan puasa bersama-sama kali ni... syukur sangat.. :) InsyaAllah banyak yang aku cuba nak ubah pada bulan Ramadhan kali ni... banyak makna yang aku rasa muncul bila bulan ramadhan ni..

Ramadhan kali ni aku sambut dengan my lovely someone.. gembira sangat.. ye la sebelum ni sambut puasa dengan scandle aje... ahahaha.. ni la masa yang dinantikan sambut puasa dengan my lovely someone ni... dia pun gembira jugak sebab ade aku.. hahaha i love u!

Ramadhan kali ni pon aku tak pasti la aku panjang umur ke tak nak sampai ke 1 syawal tu.. hmmm harap2 dapat la... Ramadhan ni la masa untuk kita mendekatkan diri denganNya... serah jiwa raga sepenuh hati hanya untuk Dia Ya rabbul Alamin...

bagi aku setiap kali Ramadhan... setiap kali 1 Januari aku sentiasa fikir "untuk tahun depan aku dapat sambut lagi ke???" itu la benda petama yang aku akan bisik dalam hati... betul... bila kenangkan kematian kita kan...

tapi Alhamdulillah untuk Ramadhan kali ni Allah s.w.t panjangkan umur aku untuk merasai nya... memberi peluang kepada aku untuk beribadah kepadanya... Alhamdulillah.... dan paling indah Ramadhan ni dengan my lovely someone lah... :)

okelah sampai sini je cerita pasa ramadhan.. tahun depan InsyaAllah kalau panjang umur ade la rezeki nak update lagi pasal kedatangan bulan mulia ni.. :) semog ramadhan kali ni berjalan lancar... aminnnn...











EREN feat ROMI - " PELENGKAP HIDUPKU "


Mula-mula dengar lagu ni macam best je... bila dah dengar banyak kali ternyata memang bestt... :)
lagu ni aku post kat fb bagi dengan dia yang aku sayang... sungguh aku sayang dia sepenuh hati aku... jangan tinggal kan aku walau seminit pun... sebab aku tak sanggup untuk hidup tanpa dia disisi...