Banner created with MyBannerMaker.com

Tuesday, January 4, 2011

Penghuni Syurga ialah Sebaik-baik Muslim...



Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Huraian :
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

Sesungguhnya aku juga mahu menjadi seperempat penghuni syurga... bahagia disana... Sesungguhnya kehidupan didunia ni sementara je... entah hari ni entah esok aku akan mati... HIDAYAH?? memang sukar nak cari hidayah.. tp... mmg cukup betuah kepada sesiapa yg mudah memperoleh hidayah... Alhamdulillah... (^^,) syukur...

Aku?? aku tak mahu la menjadi seperti buih-buih dilautan... yang tak mendatangkan apa-apa kesan pon... datang dan pergi tanpa apa-apa kesan kepada Islam... sungguh ia umpama aku tak sayang diri aku sendiri.. aku tak pernah hargai diri aku... aku tak nak yang terbaik untuk aku kat akhirat nnt.. betul tak??

Dah lame hati terbukak tapi aku tak amik kisah.. mak selalu pesan... aku buat tak tau...banyak la... aku ni dlu nak kate baik tu tak le... tapi ilmu agame mmg ade dalam diri ni... tp tak la banyak.. sekadar utk aku la bawa diri di atas muka bumi ni...

Ape pon aku harap sempena 1 muharam 1432H ni akan buka mata aku luas2... buka utk aku bertaubat... dekat kan diri dengan Allah... biarpun aku dipandang hina org lain... tp aku nak dipandang mulia oleh Allah s.w.t bukan ke itu lagi baik?? insyaAllah.. segala yg tertulis yg terjadi ade hikmahnye... itu yg aku percaye... jangan ada sikit pon nak merungut dengan ape yang terjadi... buruk sesuatu tu Allah dah tuliskan ape hikmahnya.. cuma apa yg perlu ade berkat sabar jer... tanamkan dalam diri kite ni kuat.... insyaAllah semua nye mudah nnt....

InsyaAllah....


ok sampai sni... nnt jumpe lagi.. see ya!!

daaaaaa
















No comments:

Post a Comment