Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, August 10, 2011

Mama dan Kesakitan yang tak tertanggung


Assalamualaikum semua. Apa khabar harap sihat sejahtera tanpa sebarang masalah penyakit yang tak kita terduga. Sungguh luaran kita memang nampak sihat tapi pada dalaman kita tidak tau apa yang terjadi.

Disini aku nak menceritakan keperitan yang ditanggung mama. Sedih bila terkenangkan mama. Tak sangka mama yang dulunya sihat walafiat boleh menjadi sekurus ini. Kurus sangat sehinggakan aku macam tak percaya yang didepan mata aku itu mama.

Mulanya mama sehat je. Tiba-tiba masa tengah masak tangan mama jadi krem, mama jatuh masa tu jugak. Alang yang nasib baik pada masa tu ade dekat rumah terus bawa mama ke hospital. Dokter terus masukkan mama ke wad kecemasan. Masukkan oksigen dan sebagainya. Buat masa ni dokter masih tak dapat mengesan apa penyakit mama.

Lebih kurang seminggu macam tu mama ditempatkan di Pusat Perubatan Universiri Malaya dengan penyakit yang masih tidak dapat dokter tafsirkan.

Akhirnya dokter panggil Alang untuk menceritakan apa masalah yang dialami mama. Dokter beritahu mama ada paru-paru berair. Dokter perlu menebuk belakang mama untuk mengeluarkan air yang terdapat didalam paru-paru nya yang dah mencecah sebanyak 70/100 peratus. Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu ape perasaan Alang.

Akhirnya mama selamat menjalani pembedahan. Dokter Berjaya mengeluarkan air yang bertakung dalam paru-paru mama dan selebihnya dokter salurkan tiub kecil di belakang mama. Aku , mak, abah dengan akak satu keluarga terus pergi ke pusat perubatan UM untuk melihat keadaan mama. Ya Allah kurusnya dia. Kesian nya melihat keadaan dia yang menanggung kesakitan. Tapi Alhamdulillah mama kuat semangat dengan ada nya anak-anak, suami, mak abah, dan semua ahli keluarga yang sayang mama sangat-sangat. Sungguh mama sangat lemah pada masa tu tapi masih boleh tersenyum melihat kehadiran keluarga. Tak sanggup kami nak lihat keperitan yang mama tanggung.

Dokter masih tak puas hati dengan hasil pemeriksaan yang telah dilakukan ke atas mama. Dokter buat keputusan untuk mengambil tisu badan mama untuk mengesan penyakit mama dengan lebih mendalam. Akhirnya setelah dua minggu dokter mengesan punca sebenar penyakit mama. Kebetulan pada masa tu aku ke Midvelly dengan MLS saje nak tengok anak aku kerja dekat McD. Anak aku keluar jumpa dengan aku dan bagi tahu aku yang Dokter mengesahkan mama menghidap KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT.. terpaku aku bila mendengar apa yang keluar dari mulut anak aku tu. Bayangkan bila dah tahap empat baru kami tahu penyakit mama dokter jangka masa hayat mama hanya ada lebih kurang 3 bulan.. Ya Allah dugaan apakah ini. :’( sedih... sudah tentu aku sedih.. kami sangat sayangkan mama.. bukan aku sahaja malah anak-anak dia, alang semua sayang sangat dekat dia... sebabdia sangat baik..

Sejak dari itu kehidupan mama mula berubah.. dari suka terus menjadi duka.. tapi mama kuat semangat demia anak-anak. Ditelan seberapa banyak ubat yang dokter sarankan. Jenuh dengan hospital keluarga kami berunding secara perubatan trdisional. Biasalah.. kalau ikutkan kampong ada yang iri hati.. Wallahualam.. hanya Allah yang dapat membalas segalanya kepada manusia yang menganiaya antara satu sama lain.

Mama tidak lagi jalani kehidupan seperti dulu. Sedih bila tengok mama. Kini hospital dan wad2 kecemasan menjadi rumah kedua mama. Takut bila melihat peralatan hospital yang sangat menggerunkan itu... bayangkan benda-benda tu semua yang mencucuk mama.. Allahuakbar kesian nye mama. Setiap kali aku pergi jenguk mama mata ni tak pernah kering. Air mata laju je nak luruh melihat penderitaan mama. Sungguh! Aku tak sanggup melihat mama macam tu.

Hari berganti hari mama dilihat semakin kuat, bertenaga, sihat.. Alhamdulillah.. syukur kepada mu Ya Allah. Memberikan kekuatan kepada mama untuk anak-anak nya. Tapi kekuatan yang mama ada tu tak lama. Mama diduga lagi. Kali ini salur paip yang berada dibelakang mama tersumbat. Dokter terpaksa cabut untuk keselamatan mama. Dokter sarankan untuk menebuk satu lubang lain. Ya Allah.. mama meronta-ronta tak mahu di tebuk lagi kerana tebukan itu tanpa bius seperti ikan yang disiang hidup-hidup.. Keperitan itu terpaksa mama tanggung sekali lagi. Bersabarlah wahai mama! Mama kuat!

Alhamdulillah mama Berjaya membuat saluran kedua untuk mengeluarkan air yang berada dalam paru-parunya. Dan kali ini dokter sarankan mama menjalani rawatan himoetrapi. Bila aku dengar aku cakap kat alang yang jangan lah bagi mama buat rawatan tu nanti mama akan jadi lebih teruk. Sebab benda tu akan membunuh berjuta-juta sel badan mama dan mungkin mama akan jadi lebih lemah. Bukan tu saja malah benda tu sangat sakit seperti yang pernah sue alami..sue cakap sakit sangat sebab die masukkan ubat. Dan kos untuk jalani rawatan tu sahaja dah cecah Rm8K bukan duit yang dikisahkan tapi kesakitan yang bakal menimpa mama.. tak kisah berapa juta duit pun kalau mampu kami akan usahakan demi mama! Sungguh!

Alhamdulillah sebab alang tak nak buat himoetrapi tu.. mama pun tak nak.. aku tak tau kenapa. Tapi yang pasti kini kami mula berubat secara kampong. Mama semakin sihat. Lama kelamaan mama kami lihat semakin kuat dan bersemangat. Alhamdulillah Ya Allah di atas kurniaan kekuatan kepada mama!

Kali ni kami semua betul2 bersyukur dengan kesihatan yang mama ada. Mama semakin kuat demi anak-anak, suami dan kelarga nya. Dia pernah kata pada mak dia “kesian mak kena siapkan makan minum suami kety.. kety tak larat..” sungguh.. alang dan anak-anak begitu manja dengan mama.. semua mama sediakan mama memang seorang isteri dan mama yang sangat bertanggung jawab. Keluarga kami sungguh bertuah mempunyai mama yang sangat baik hati dan penyayang. Masa mama sakit mama selalu cakap dengan Bubut. Bubut je la kawan mama. Kalau mama masuk hospital Bubut akan keluar rumah mungkin Bubut tau yang mama tak ada. Bubut pun ada perasaan kasih sayang mama. Mama manja dengan Bubut, mama sayang Bubut..

Kutitipkan kisah penderitaan mama untuk terus segar dalan ingatan aku walaupun mama dah jauh.

Mama.. kami semua sayang mama sangat... :’)

No comments:

Post a Comment