Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, August 10, 2011

Mama Semakin Kritikal :’(


Pada 1 Ogos semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Tak terkecuali kami semua dan mama. Tapi kali ni mama tak dapat puasa atas sebab kesihatan yang tak dapat dielakkan. Tak apalah yang penting sekarang kesihatan mama. Semoga mama sihat tubuh badan. Nanti kan nak raya dengan anak-anak dan keluarga semua

Tapi kesihatan mama pada bulan puasa tidak terlalu lama. Pada 5 Ogos 2011 jam 6.30 petang setibanya aku di depan restoran Ayamas aku terima panggilan dari kak mengatakan yang mama semakin tenat. Mama sekarang dah dimasukkan ke ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dokter sarankan alang dan keluarga bersiap sedia je dengan mama. Bila-bila masa mama akan pergi. Di hati aku seakan tidak tenang. Sentiasa memikirkan mama.

Saat berbuka pon selera aku dah hilang apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang adalah mama. Keperitan mama, kesakitan mama, keadaan mama dan sebagainya. Serela makan aku mati. TENAT! KRITIKAL! Semua ade dalam kepala. Kalau boleh saat tu jugak aku nak balik ambil mak dengan abah bawak jumpa mama.

Tapi aku tabahkan hati. Bersabarlah wahai hati. Nekad kalau boleh aku nak pergi malam tu jugak. Tapi mak kata mak nak pergi pagi nanti.. ohh tak ape la kalau macam tu. Semua orang yang dapat tau pasal mama rasa macam nak terbang pergi tengok mama. Tido malam tak lena takut2 kalau ada bunyi talifon jam 2,3 pagi. Tapi Alhamdulillah tak ada.

Esok pagi mak tak pergi menoreh pun. Kami nak gerak ke Bukit Beruntung pada jam 9 pagi. Aku bangun bersiap-siap dan terus gerak ke rumah atam. Sebab atam dengan ibu nak pergi. So aku pun ambilah diorang kalau ikutkan semua nak pergi tapi kereta aku kan Myvi je mane nak muat naik semua. Lepas amik ibu dengan atam kami terus pergi ke rumah kak. Masa dalam perjalanan akak kol aku dan bagi tau yang bawak abah. Sebab ibu kol akak cakap yang die nak jumpe abah. Dia nak abah. Ya Allah pada saat itu air mata aku dah nak mula runtuh. Tapi aku tahan sebab aku tengah drive nanti mata aku tak nampak. Murnie nonie SABAR!!Sampai-sampai je kami terus bergerak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku follow abang je mase ke sana. Janji aku sampai ke tempat yang aku tuju. Aku dapat jumpa mama.

Akhirnya kami sampai di wad mama. Ramainya saudara-mara yang melawat mama. Aku terus tuju pada mama. Lantak la saudara dia yang lain. Aku pegang tangan mama aku senyum dengan mama. Mama cuba genggam tangan aku. Tp mama lemah sangat. Oksigen sentiasa ada pada hidung mama, jari jemari mama ade wayer. Tangan mama ade wayer. Mama kurus sangat. Nampak mama sangat lemah sampaikan suara mama tak dengar. Dengar sepatah dua je. Aku dah tak tahan aku keluar awal. Takut air mata ni jatuh lagi. Sedih!!

Akhirnya mak dan abah masuk jumpa mama. Pada masa tu dengar suara dia jelas sangat. “ kety nak balik kampong mak, abah.. kety nak berubat dekat kampong.. tapi kety tak larat mak..” kuat suaranya. Jelas aku sebak! Air mata dah mula bertakung. Tak tertahan melihat keadaan mama macam tu. Mak tak payah cerita la dah meleleh air mata dia. Takkan kami tak sedih tengok keadaan mama macam tu kan.. MUSTAHIL!!

Lama kelamaan saudara mara dia nak mula beransur balik, tinggal kami saje. Aku capai yasin. Aku bca yasin. Tapi air mate menitik-nitik atas yasin. Sedih sangat masa tu. Tak terungkap dengan kata-kata. Ade saudara dia yang lain datang. Saat itu aku dah dekat dengan mama. Aku urut kepala mama. Ade benda yang dia cakap tapi aku tak paham. Yang aku tau dia kata jangan beritau sesiapa kalau beritau nanti kak tak nak kawan acik. :’) yer acik tak bitau sesiapa.. saat tu mama merungut-rungut pasal semua orang. Kejanya asik nak bercakap aje. Mak kata jangan bagi die cakap sangat nanti dia semput. Aku agguk kan kepala je. Bagi aku bia la dia nak cakap sebanyak mana pun. Disaat2 macam ni jangan larang walau sedikit pun.

Hari pun dah semakin menunjukkan jam 2.00 petang dimana kami kena keluar. Pad amasa itu alang dah sampai. Kebetulan kaki kak yong kne air panas.. Allahuakbar banyak pulak dugaan untuk mereka satu keluarga saat2 ini. Kami beransur balik.

Mula-mula kak dulu pergi jumpa mama. Kak cium mama, kak bisik kat telinga mama, mama kena kuat semangat mama kena cepat baik. Kak dah tak tahan sangat kak menangis kat situ jugak. Saat tu mama dah mintak ampunkan dosa-dosa dia. Ya Allah! Saat itu sangat menyedihkan bagi aku! Lepas kak ibu pulak cium mama. Sama jugak. Ibu pun menangis. Sedih tak terkata. Sedih melihat dia sedih dengan kekuatan dia walaupun saat tu dia dah lemah sangat.

Dan pada saat ini aku pula yang akan pergi pada mama. Aku genggam tangan mama. Aku cium dahi mama. Air mata aku dah basah kena muka mama. Aku cakap kat mama aku mintak maaf kalau aku ada salah dan silap. Aku sayang mama. Mama still macam tadi pesan kat aku yang jangan bitau ape yang dia bitau tadi. Kalau acik cakap kak tanak kawan acik. Aku tak tahan dah. Aku terus hanyut dengan air mata yang tak henti-henti. Aku lepaskan mama. Kak amik alih kembali kak tahan air mata kak cakap dekat mama ‘esok kalo kami tak datang tengok kety bukan maknenye kami tak sayang kety.. kami semua sayang kety... yer... kety kene engat tu ‘

Saat ni mak pulak peluk mama. Mak pun dah tak tertahan air mata. Mak pujuk dia. Kety kuatkan semangat ya.. nanti dah sihat balik raya rumah mak yer.. dia angguk.. dia bersemangat sangat masa tu. Saat mak lepaskan dia dia cakap “ kety kene kuat mak.. demi anak-anak kety kne lawan semua ni. Kalau tak ingatkan anak-anak kety tak tau lah...” Ya Allah... kau tabahkan lah hati mama!!

Kami tinggalkan mama.. kalau boleh memang kami nak dengan mama sampai malam. Tapi masa tak mengizinkan. Kami meninggalkan mama dengan air mata yang berjujuran.. semoga mama tabah bisik hati ku!!

Melangkah pulang dengan seribu doa untuk mama.. Ya Allah hanya padaMu kami bermohon kuatkan semangatnya.. tabahkan hatinya.. sihatkan tubuh badan nya sesungguhnya kami sayang mama!! Mama we all love u mama.. forever dunia dan akhirat..

Khas kutitipkan lagi untuk mama yang kami sayang sangat.. :’)

No comments:

Post a Comment