Tuesday, November 15, 2011

Khasiat Kuaci


Ok last day aku ada cerita pasal Food Poisoning kan?? dan kat situ juga aku ade cakap yang mungkin aku keracunan makanan tu sebab makan KUACI.. ok hari ni nak cerita pasal kuaci..

Mesti ramai yang tak tau kan?? kuaci tu ada yang cakap lebih banyak mudaratnya dari khasiat.. Tapi ternyata mereka-mereka diluar sana adalah sangat SALAH!! Kuaci mmg terlalu banyak khasiatnya terutama sekali untuk wanita-wanita diluar sana yang sangat mengutamakan kecantikan.. hahhh.... ini sudah sangat baeeekk~~

nak khasiat kuaci ni??? ok meh bace meh... tapi aku Copy and Paste aje... huahuahua... ok la kan sekadar nak share benda-benda yang sangat baik kan... ok lets go bebeh~~

Antara kebaikannya ialah:

Kuaci bunga Matahari merupakan salah satu sumber Vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memerangi keperluan tubuh bagi mendapat Vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu khasiat Vitamin E.

Ia untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuatkan kulit menjadi lebih muda dan cantik (kompem sume dok pakat-pakat pegi kedai pegi beli kuaci haha) Selain dari itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat yang lebih penting.

Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepasa tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh rosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak. Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit asma (athma) atau lelah, Osteoarthritis dan rematik.

Selain itu ia juga dapat mengurangi risiko penyakit Kanser Usus Besar, menurun gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit Diabetes. Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.

Beberapa ujian yang dibuat juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

hahhhh... banyakkan khasiat die??? so??? anda?? nak makan atau tidak terpulang pada anda.... ;p

sekian 1,2,3 okbai :)










No comments:

Post a Comment